Baby Clothes Organizer Ideas

Mummy kan isteri type 2 – isteri yg bekerjaya, pergi kerja drive sendiri, hadap jem, balik keje hadap jem, sampai umah satu jam setengah kemudian lepastu balik masak. Pastu nanti nak ada anak kecik pulak. Mummies yg isteri type 2 ade baby ni rasanya sangatla sesuai kot buat open shelves macam ni. Lagi bagus kalau ada organizer label. Tag siap-siap kat bakul or storage box. Takdela terkial-kial nak bukak almari cari satu-satu rak time diapering or changing. Mana seluar panjang, mana baju sleeveless. Baby pulak dah bersenandung syair si pari-pari. Kalau baby boy lagi la, belum sempat capai towel dah bomba dulu. Haru. Heregoes the ideas.

















Mummy memang rancang nak buat open shelves style
dan disambut baik oleh daddy.
Dan tengah under construction pun site kitorang ni. Kekeke.
Open shelves siap tag ni selain comel and well organized,
sangat membantu dikala para daddy take over jaga anak.
Kot la mummy terlama dalam toilet, hah sembelit pulak kan.
So bila diapering ke, napping ke, sesudah mandi ke,
daddy dengan mudahnya boleh akses pakaian anak.
Takdela scene jerit menjerit,
“sayangggg pampers anak kat manaaaa”
“sayangggg baju tido yang mana satuuuu”
dan sekurang-kurangnya takdela berlaku
scene stoking anak sebelah hijau sebelah merah. Kah!

Barikut teaser tag yang sedang mummy usahakan.
Belum finalized lagi. Hehe.



Organizer tags ni boleh customize sendiri kat picmonkey.com
Kalau malas, sila tunggu mummy siapkan. Nanti kita kasi download je.
Semoga terinspirasi!

::FnNplus

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu